Pesanan Barang Dari Makkah




Ramai dari kita rakyat Malaysia berhajat untuk mendapatkan barang barang yang berada sangat jauh dari kita. Mereka tidak ada kemampuan untuk mendapatkannya. Jika mereka sendiri yang datang hendak membeli barang barang berkenaan, sedangkan perbelanjaan amat besar sekali dan memerlukan masa dan tenaga.

Sekarang anda boleh mendapatkan barang itu dan dihantarkan ke umah anda hanya dengan membuat pesanan melalui syarikat kami. Barang barang ini akan dibelikan mengikut harga pasaran. Pihak kami akan mengenakan sedikit keuntungan ke atas barangan tersebut. Sekiranya barang tersebut memerlukan bayaran tambahan, maka phiak kami akan mengenakan tambangnya sekali.

Sebutkan sahaja barang yang anda hajati, akan kami bekalkan untuk anda. Di bawah ini adalah sebahagian daripada senarai barangan yang boleh kami bekalkan, sekiranya barang yang anda hajati tidak termasuk didalam senarai barangan pesanan kami, kami akan sedaya mungkin akan memperolehkannya. Sekiranya anda membatalkan barang pesanan anda setelah bekalan diperolehi, pihak kami tidak akan memulangkan wang anda yang telah kami gunakan untuk membelinya. Harga dan rupa bentuk barangan yang telah dibeli adalah tertakluk sebagaimana ianya semasa dibeli. Pihak kami tidak akan menggantikan barang barang tersebut apabila telah kami serahkan kepada anda.

Senarai barang barang yang boleh dipesan:

Air Zam Zam:
Tidak dijual tetapi jika anda mahu bersedekah kerana membawanya terpulang kepada anda.

Pakaian Lelaki:
Jubah jubah Arab, Songkok yang bermacam warna daripada Somalia, Mesir dan lain lain negara. Bermacam macam jenis kopiah, Kain Lilit Kepala (Serban yang bermacam jenis dan warna) dan Eagel.

Pakaian Wanita:
Segala jenis jubah wanita yang beraneka warna dan fesyen, sama ada yang dibuat dari Arab Saudi atau negara luar. Tudung kepala yang beratus jenis, Scaft dari bermacam jenis kain yang belum berjahit, Sarong tangan dan beraneka jenis kasut yang tidak terdapat di negara kita dan bermacam macam jenis lagi.

Perhiasan Lelaki dan Perempuan:
Jam jam tangan yang beraneka jenis dengan harga yang berpatutan. Emas, Perak, Pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tembaga dan perak. Tea set, Bekas minuman air zam zam, Kamera, Kamera Video, Loket yang diukir dengan gambar Kaabah dan juga yang diukir dengan Kalimah Allah, Cincin emas, Berlian, Batu permata dan Minyak Wangi dari berbagai jenis yang tidak dapat kami catatkan disini.

Ubat -Ubatan:
Terdapat juga ubat ubatn yang dipercayai dapat membantu seseorang itu mengubati penyakit mereka yang dimana tidak boleh didapati di negara kita seperti Hati dan Daging Unta yang dikeringkan, Daging Kibas, Minyak dan Daging Dhab, Bunga Siti Fatimah(untuk kegunaan wanita ketika hendak melahirkan anak), Kemenyan dan sebagainya.

Buah-Buahan:
Kami juga dapat membekalkan anda dengan seribu satu macam buah buahn yang tidak terdapat di negara kita seperti Tamar Nabi yang berasal dari Tamar kesukaan Nabi kita. Tamar ini mahal harganya, kadang kala hingga 200 Rial sekilo. Halwa halwa Maskat, Biji Gajus, Buah Zaitun yang dijerukkan dan Buah Tin yang dikeringkan dan juga yang dibuat halwa.

Mesin Taip Jawi:
Kerajaan kita mengalakkan anak anak kita belajar tulisan jawi. Di negara kita Malaysia belum ada dijual mesin taip berkenaan. Oleh yang demikian kami dapat membekalkan anda dengan mesin taip jawi yang hanya dijual di negara arab sahaja.

Kitab Kitab Al Quran:
Terdapat pelbagai kitab dan jua Al Qurang yang tidak terdapat di negara kita seperti Al Quran gergasi yang sebesar surat khabar negara kita, Al Qurang yang ditulis menggunakan air emas, Al Quran kecil, Kaset bacaan Al Quran oleh qari qari yang terkenal. Kumpulan bacaan khutbah dan bacaan ketika sembahyang oleh imam Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.

Perhiasan dinding:
Permaidani berlatarkan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang boleh digantung didinding. Ayat ayat Al Qurang yang ditulis di atas permaidani, gambar gambar Kaabah, Sejadah yang indah yang tidak terdapat di negara kita. Kami juga sedia membekalkan permaidani bagi mereka mampu membuat demikian.


Peringatan: Barang barang yang telah dipesan dan telah dibayar tidak boleh dikembalikan wangnya semula. Kami membeli barang barang tersebut sebagaimana yang ada dan tidak akan mengubahsuaikan barang barang tersebut. Barang barang itu juga tidak boleh ditukar kecuali hilang oleh pihak kami.

Khatam Al-Quran di Makkah


Setelah ibubapa dan waris waris kita meninggal dunia, ramai dari kalangan waris waris berkenaan membaca Al Quran dan Yassin, berdoa kepada Allah agar roh yang meninggal dunia itu ditempatkan disisi orang orang yang soleh dan beriman, dan menyerahkan pahala bacaan tersebut kepada mereka yang telah meninggal dunia tersebut semoga Allah mengampunkan dosanya dan ditempat dikalangan orang orang yang beriman.

Tahukah anda bahawa membaca Al Quran di Masjidil Haram, mendapat ganjaran beratus ribu kali ganda dari membaca Al Quran di tempat lain. Setiap ayat yang dibaca ganjaran yang diberi berlipat kali ganda. Demikianlah kebesaran Masjidil Haram. Bersembahyang, berpuasa dan sembahyang sunat terawih di Masjidil Haram akan dikurniakan sama dengan 100,000 kali pahalanya.

Tetapi, jika anda mahukan kami membacakan Al Quran dan pahala dari bacaan tersebut disedekahkan kepada waris waris anda yang telah meninggal dunia, ia boleh dibuat pada bila bila masa sahaja dan akan diberikan ganjaran yang setimpal.

Kami mempunyai ramai penuntut Malaysia dan juga orang yang hafiz Al Quran yang sentiasa sedia membacakan Al Qurang tersebut di Masjidil Hara, dan terpulanglah kepada anda untuk mensedekahkan pahala bacaan tersebut kepada sesiapa yang anda tujukan. Bacaan ini akan dibuat dalam Masjidil Haram ataupun di Tanah Suci Makkah sehingga tamat iaitu 30 juzuk kesemuanya.

Setelah tamat pembacaan Al Quran itu nanti, kami akan mengadakan sedikit tahlil bagi pihak yang membuat tempahan bacaan tersebut. Jika perlu mereka yang membaca bagi pihak tuan/puan itu diberikan jamuan kerana telah membaca Al Quran bagi pihak tuan/puan.

Untuk pengetahuan tuan/puan, mereka membaca Al Quran tersebut setiap pagi selepas subuh dan sebelah malam selepas maghrib, kadang kala memakan masa 15 hari untuk khatam 30 juzuk Al Quran tersebut.

Kami tidak meminta apa apa bayaran dari pihak tuan/puan. Terserahlah kepada tuan/puan untuk menderma kepada pembaca budiman tersebut kerana ayat ayat suci Al Qurang tersebut bukan untuk dijual beli. Tetapi jika sekiranya tuan/puan berhajat untuk membuat sedekah kami dengan rela hati menerimanya.

Tahlil




Dalam kesibukan kehidupan di kota dan mencari rezeki yang halal, ramai dikalangan kita terlupa kepada ibubapa, kakak, adik beradik, saudara mara yang telah meninggal dunia yang didahulukan Allah dari kita menemuinya. Setelah manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amal kebajikannya.

Terutamanya di kota besar dimana manusia hanya menumpukan masa untuk mencari kesenangan hidup. Hanya setahun sekali balik kampung menziarahi pusara ibubapa ataupun sesiapa yang kita sayangi. Maka kelihatan setiap tahun tanah perkuburan bagaikan satu pesta dimana kelihatan anak anak yang ditinggalkan membawa surah Yassin, bertahlil, menyiram pusara dengan air mawar dan sebagainya.

Itu hanya bagi mereka yang dapat balik kampung. Bagaimana mereka ynag tidak berkesempatan balik ke kampung ataupun mereka yang tidak tahu dimana pusara ibubapa suami atau isteri mereke yang telah meninggal dunia dirantau orang. Apa yang harus kita lakukan demi untuk kesejahteraan mereka. Kita dapat melakukan sesuatu kepada mereka dengan bertahlil. Bagi mereka terutamanya yang mempunyai anak dan juga kaum keluarga tentulah setiap masa selepas sembahyang akan berdoa agar kedua ibubapa kita diletakkan di tempat orang yang alim dan baik baik.

Syarikat Al Haj menganjurkan tahlil bagi waris waris merkea ynag telah meninggal dunia. Syarikat Al Haj mengaturkan pembacaan tahlil bagi pihak waris itu pada bila bila masa sahaja yang mereke kehendaki, terutamanya pada malam jumaat yang begitu berkat kepada kita umat islam.

Oleh kerana kesibukan kita di kota tau dimana saja di Malaysia ini, maka tidaklah dapat mengadakan pembacaan tahlil ini. Terutamanya bagi mereka yang tinggal dalam taman perumahan yang bercampur dengan bangsa lain. Maka amat sukar untuk mengumpul mereka yang sanggup membaca tahlil dan surah Yassin tersebut.

Syarikat akan mengumpulkan mereka yang berhajat membaca tahlil dan surah Yassin ini di kota Makkah Al Mukarramah ketika Syarikat mengadakan rombongan Umrah setiap tahun. Maka disinilah kami bacakan tahlil bagi mereka yang ingin menyertainya. Biasanya setiap kali tahlil dan bacaan Yassin itu diadakan kami akan mengundang sekurang kurangnya 40 orang di Kota Makkah. Seperti biasa kita juga harus memberikan sedikit makan sebagai sedekah kepada mereka yang membaca tahlil dan bacaan Yassin dan pahalanya pula disedekahkan kepada mereka yang menaja pembacaan itu.

Oleh yang demikian, kami mempersilakan tuan/puan untuk menyertai Pembacaan Tahlil bagi waris waris yang telah meninggal dunia ataupun bagi mereka yang bernazar atau sebaliknya. Kami akan tunaikan segala yang dihajatkan dan jika sudi kiranya dapat hulurkan sedikit sumbangan seikhlas hati masing masing. Sila isikan borang Pembacaan Tahlil kepada kami serta sumbangan yang tuan/puan sanggup sanggup beri kepada kami.

Sedekah / Wakaf


Dapatkah anda untuk menyampaikan wakaf sebuah Al Quran ke Masjidil Haram ataupun di Masjidil Nabawi dengan hanya RM 45. Jawapannya tentu tidak, kerana anda terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit untuk datang ke Tanah Suci tersebut. Sama ada anda menunaikan Umrah mahupun menunaikan Haji. Adalah menjadi kelaziman bagi kita umat islam di Malaysia selalu mewakafkan sebuah Al Quran di salah sebuah masjid di Tanah Suci tersebut. Tetapi sekarang anda tidak perlu lagi ke Tanah Suci bagi mewakafkan sebuah Al Quran. Anda hanya perlu mengisi borang wakaf dan sedekah kemudian membayar wang yang telah ditetapkan. Wakaf dan sedekah anda itu akan kami tunaikan.

Bersedekah dan berwakaf di dua Tanah Suci telah dijanjikan oleh Allah dengan Tujuh Puluh kali ganda pahala dari bersedekah di luar Masjidil Haram. Tentulah anda dapat bayangkan jika anda bersedekah sebuah Al Qurang di Masjidil Haram, maka samalah jika anda berwakaf dan bersedekah 70 buah kitab Al Quran di tanah air sendiri. Oleh yang demikian, kami yakin bahawa dengan wang yang sedikit sahaja, anda akan mendapat kebahagiaan yang begitu besar. Jika mahu berwakaf ataupun bersedekah, kami sedia tunaikan segala amanah anda tersebut.

Bukan itu sahaja, anda boleh juga jika telah berniat untuk bersedekah sedikit makanan(misalannya untuk memberi makan untuk dua orang), maka sedekah anda itu terlalu banyak pahalanya jika dibuat di Tanah Haram. Anda boleh memberikan sedekah anda melalui kami. Kami pula akan memberikan kepada fakir miskin di Masjidil Haram ataupun mereka yang musafir yang memerlukan wang kerana agama. Alangkah beruntungnya mereka yang bersedekah ataupun berwakaf dengan sedikit wang ringgit mereka, tetapi Allah memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda jika dilakukan di Tanah Suci.

Anda tidak perlu bersedekah ratusan ringgit, tetapi dengan seringgit atau dua pun sudah mencukupi. Asalkan sedekah itu ikhlas dan dari harta dan pencarian yang halal. Tahun demi tahun kami mendapati ramai yang mahu membuat amal melalui sedekah ini. Inilah yang mendorong kami bagi mengadakan perkhidmatan ini. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran atas perkhidmatan ini. Anda yang berminat dikehendaki mengisi borang yang telah kami sediakan dan hantarkan kepada kami berserta wang tersebut dan nyatakan dengan terang, sama ada ini adalah sedekah, wakaf, ataupun nazar anda supaya jelas tujuannya.

Sembahyang Hajat

Oleh kerana sesuatu hajat ataupun berbagai masalah dalam hidup ini ramai manusia tidak dapat mengatasinya. Hanya Allah sahaja yang dapat mengatasi semua masalah ini. Hanya kepada Allah kita meminta dan kepada Allah kita berdoa.

Oleh kerana itu ramai yang menggunakan jalan yang paling baik sekali iaitu dengan membuat sembahyang hajat seperti memulihkan penyakit yang tidak dapat diubati oleh manusia, para doktor dan berbagai cara yang telah diusahakan. Maka kita hendaklah kembali ke jalan Allah dengan mengadakan sembahyang hajat. Sembahyang hajat boleh dilakukan dimana mana sahaja, yang wajarnya jika dapat orang berhajat itu yang mendirikan sembahyang. Tetapi ada pula yang menyerahkan kepada orang lain.

Di Malaysia jika mereka tidak dapat melakukannya sendiri, maka sembahyang hajat itu boleh diserahkan kepada tuan imam masjid dimana mereka tinggal ataupun ustaz yang mereka kenali. Mereka akan mendirikan sembahyang sama ada di masjid yang berdekatan ataupun melakukan di rumah sendiri.

Sekarang jika anda mahu mendirikan sembahyang hajat bagi sesuatu hajat, kami boleh melakukannya di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Kami akan lakukannya mengikut jumlah yang anda mahukan. Kami akan dirikannya dan juga kami tidak akan mengenakan bayaran kerana kami percaya bahawa kami memberikan perkhidmatan yang boleh membawa anda kepada kebaikkan melalui pertolongan dari Allah. Kami hanya berusaha sahaja ke arah tersebut sedangkan yang memakbulkan doa sembahyang hajat tersebut hanya Allah SWT.

Kami boleh melakukannya untuk beberapa malam yang anda kehendaki selam kami berada di Tanah Suci. Sama ada ketika Umrah ataupun ketika menunaikan Haji. Anda tidak perlu runsing kerana sembahyang hajat ataupun apa apa sembahyang yang dilakukan di Tanah Suci kerana Allah akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan. Sila isikan borang yang telah disediakan di ruang muat turun dan hantarkan kepada kami dengan seberapa segera.

Dam

Selama 20 tahun kami menjalankan perkhidmatan Upah Haji, kami tidak juga ketinggalan menyempurnakan Dam bagi jemaah haji ataupun umrah yang tidak sempat menyempurnakan Dam Haji ataupun Dam Umrah mereka selama berada di Tanah Suci tersebut.

Dam merupakan pembayaran denda kepada wajib Haji/Umrah ataupun pada kesilapan semasa menunaikan Haji ataupun Umrah. Dam hanya boleh dibayar atau ditunaikan di Tanah Suci Makkah sahaja. Jika setelah kembali dari Tanah Suci dan merasa ada sesuatu yang tersilap semasa menunaikan Haji ataupun Umrah, maka mereka hendaklah membayar dam. Tetapi bagi mereka yang menunaikan Haji Tomatok, Dam adalah wajib ditunaikan bukan sekadar kesalahan sahaja.

Bayangkanlah,jika sudah sampai di Tanah Suci sendiri para jemaah terlupa membayar Dam di Tanah Suci, jika hendak kembali ke Tanah Suci sama ada menunaikan Umrah atau Haji, kita memerlukan wang tidak kurang dari RM4000 bagi tujuan mengunjungi Baitullah, kerana membayar dam tersebut dengan menyembelih seekor kibas ataupun berkongsi bagi seekor lembu untuk 7 orang.

Tetapi dengan perkhidmatan yang kami berikan ini, para jemaah yang merasakan telah melakukan kesilapan semasa menunaikan Haji mahu pun Umrah, tidak perlu sekali lagi pergi ke Tanah Suci. Mereka hanya perlu menyerahkan perkhidmatan tersebut kepada kami dan membayar harga Dam tersebut. Setelah itu kami akan menguruskan pembayaran Dam tersebut. Ini akan menjimatkan masa dan juga wang ringgit para jemaah berkenaan.

Setiap Dam yang akan disempurnakan akan ditunjukan buktinya seperti dalam gambar ketika penyembelihan binatang yang dijadikan Dam tersebut yang mana akan diserahkan apabila telah kembali ke tanah air nanti. Perkhidmatan Dam melalui kami ini murah jika dibandingkan dengan jemaah sendiri yang menunaikannya.

Bayaran bagi Dam iaitu seekor kibas ataupun berkongsi seramai 7 orang bagi seekor lembu ataupun seekor unta iaitu berharga RM450 sahaja termasuk dengan kos penyembelihannya sekali seta kos kerja kerja pembahagian dagin binatang tersebut kepada para penduduk kota Makkah. Oleh yang demikian, kami berharap mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut mengisi borang pada ruang muat turun yang disediakan.


Harga menunaikan perkhidmatan pembayaran Dam - RM450

Ibadah Aqiqah


Setiap kelahiran anak ke dunia ini tentulah disambut dengan kesyukuran oleh kedua ibubapa. Ibu dengan tabah dan cekal mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari barulah anak itu dilahirkan. Sebagaimana yang lazim dibuat oleh umat islam di malaysia, setiap kelahiran anak itu dijadikan satu hari yang amat istimewa, ada yang mengadakan kenduri doa selamat, pembacaan tahlil mengikut kemampuan ibubapa kepada anak yang baru dilahirkan itu.

Tetapi ramai yang tidak membuat aqiqah apabila kelahiran anak itu. Walaupun adalah sunnah Muakah(sunat yang digalakan) dalam islam, ramai dari kita tidak berbuat demikian kerana kesusahan untuk mendapatkan binatang sembelihan yang agak mahal di negara kita.

Syarikat Al Haj Malaysia menganjurkan penyembelihan binatng kambing untuk membuat aqiqah bagi anak yang baru dilahirkan atau anak anak yang belum pernah dibuat aqiqah walaupin telah besar namun masih tidak terlambat untuk berbuat demikian.

Syarikat Al Haj bukan sahaja telah menyempurnakan ibadah korban setiap tahun namun penyembelihan untuk aqiqah juga turut disempurnakan dengan harga yang mampu dibayar oleh ibubapa yang berhajat. Bahkan kami juga menganjurkan pembayaran secara beransuran tetapi perlaksanaan aqiqah itu akan dilakukan setelah bayaran lengkap disempurnakan.

Syarikat Al Haj hanya mengenakan bayaran sebanyak RM450 bagi satu bahagian aqiqah dan akan dibuat ketika kami mengadakan rombongan umrah ke Makkah. Daging daging dari hasil aqiqah tersebut akan dibahagikan sama rata kepada penduduk miskin Makkah atau digunakan untuk doa selamat.

Mereka boleh memilih aqiqah secara berkumpulan ataupun aqiqah secara persendirian, bayarannya tetap sama sahaja jikalau berkumpulan, kami akan menyembelih lembu ataupun unta. Jika seorang diri kami akan menyembelih kambing atau kibas. Oleh yang demikian kami berharap umat islam akan mengambil kesempatan ini untuk membuat aqiqah untuk anak anak mereka ataupun bersedekah di Tanah Suci.

Ibubapa yang mengambil kesempatan untuk membuat aqiqah bagi anak anak mereka di Tanah Suci, akan mendapat ganjaran atau pahala yang berlipat kali ganda dari melaksanakan di negara sendiri, kerana Allah telah menjanjikan ganjaran beratus kali. Borang pemohonan boleh dimuat turun pada bahagian borang pendaftaran dan kirimkan bayarannya sekali atas nama Syarikat Al Haj Malaysia sama ada melalui Cek, Wang Pos, Kiriman Wang Berpalang. Bukti penyembelihan akan diberikan kepada tuan/puan seperti gambar ketika proses penyembelihan dilaksanakan.


Pakej Ibadah Aqiqah:

Harga Ibadah Aqiqah - RM450