Ibadah Korban


Ibadah korban bermaksud penyembelihan binatang pada Hari Raya Korban. Ramai rakyat malaysia mengadakan korban diwaktu Hari Raya Haji di tempat sendiri. Mulai sekarang umat islam berpeluang untuk berkorban di Makkah tanpa mereka hadir di Makkah Mukarramah pada Hari Raya Haji setiap tahun.

Syarikat Al Haj boleh menolong anda jika hendak melaksanakan korban ini diwaktu musim haji. Apa yang harus anda lakukan adalah membuat pemohonan kepada kami dan membayar wang yang kami kehendaki. Kami melaksanakan korban itu pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh islam pada Hari Raya Haji setiap tahun.

Pada kebiasaannya umat islam membuat korban di kampung halaman mereka sendiri tetapi walaubagaimanapun, kami akan mengumpulkan setiap kumpulan untuk tujuh orang bagi setiap ekor unta ataupun lembu dan seekor kibas ataupon kambing bagi seorang yang menempah korban melalui kami.

Sebagai contoh jikalau setiap tahun kami dapat mengumpulkan 100 orang yang menyertai khidmat korban yang kami jalankan ini, maka akan dibahagikan kepada tujuh setiap kumpulan. Bermakna hanya 14 kumpulan sahaja dan yang berdua lagi adalah peserta perseorangan.

Mereka yang dalam kumpulan itu hanya dikenakan bayaran murah tetapi bagi yang perseorangan itu berharga mahal. Oleh yang demikian , korban yang kami laksanakan ini lebih murah jika hendak dibandingkan dengan korban yang dibuat di negara kita ini.

Untuk menyertai khidmat korban ini, mereka yang berhajat boleh juga membayar secara beransuran iaitu mengikut kemampuan mereka. Tetapi korban itu hanya akan dilaksanakan apabila bayaran yang kami kehendaki mencukupi diwaktu kami berangkat ke Tanah Suci. Mana mana bayaran yang tidak mencukupi diwaktu perlaksanaan itu akan ditunda untuk tahun hadapan. Walau bagaimanapun wang anda dijamin tidak akan hilang sehingga baki bayaran diselesaikan. Oleh yang demikian, rebutlah peluang keemasan yang belum pernah diadakan di negara kita ini dan bersama ini disertakan borang korban pada ruang download borang pendaftaran.

Telah dijanjikan Allah bahawa berkorban di Tanah Suci akan diberikan ganjaran pahal berlipat kali ganda. Oleh yang demikian untuk mendapat ganjaran dan pahala yang amat besar, anda berpeluang berbuat demikian. Rebutlah peluang keemasan ini selagi ada rezeki dan hayat kita.


Pakej Ibadah Korban:

Harga Korban Berkumpulan - RM450
Harga Korban Perseorangan - RM480

No comments:

Post a Comment