Sedekah / Wakaf


Dapatkah anda untuk menyampaikan wakaf sebuah Al Quran ke Masjidil Haram ataupun di Masjidil Nabawi dengan hanya RM 45. Jawapannya tentu tidak, kerana anda terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit untuk datang ke Tanah Suci tersebut. Sama ada anda menunaikan Umrah mahupun menunaikan Haji. Adalah menjadi kelaziman bagi kita umat islam di Malaysia selalu mewakafkan sebuah Al Quran di salah sebuah masjid di Tanah Suci tersebut. Tetapi sekarang anda tidak perlu lagi ke Tanah Suci bagi mewakafkan sebuah Al Quran. Anda hanya perlu mengisi borang wakaf dan sedekah kemudian membayar wang yang telah ditetapkan. Wakaf dan sedekah anda itu akan kami tunaikan.

Bersedekah dan berwakaf di dua Tanah Suci telah dijanjikan oleh Allah dengan Tujuh Puluh kali ganda pahala dari bersedekah di luar Masjidil Haram. Tentulah anda dapat bayangkan jika anda bersedekah sebuah Al Qurang di Masjidil Haram, maka samalah jika anda berwakaf dan bersedekah 70 buah kitab Al Quran di tanah air sendiri. Oleh yang demikian, kami yakin bahawa dengan wang yang sedikit sahaja, anda akan mendapat kebahagiaan yang begitu besar. Jika mahu berwakaf ataupun bersedekah, kami sedia tunaikan segala amanah anda tersebut.

Bukan itu sahaja, anda boleh juga jika telah berniat untuk bersedekah sedikit makanan(misalannya untuk memberi makan untuk dua orang), maka sedekah anda itu terlalu banyak pahalanya jika dibuat di Tanah Haram. Anda boleh memberikan sedekah anda melalui kami. Kami pula akan memberikan kepada fakir miskin di Masjidil Haram ataupun mereka yang musafir yang memerlukan wang kerana agama. Alangkah beruntungnya mereka yang bersedekah ataupun berwakaf dengan sedikit wang ringgit mereka, tetapi Allah memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda jika dilakukan di Tanah Suci.

Anda tidak perlu bersedekah ratusan ringgit, tetapi dengan seringgit atau dua pun sudah mencukupi. Asalkan sedekah itu ikhlas dan dari harta dan pencarian yang halal. Tahun demi tahun kami mendapati ramai yang mahu membuat amal melalui sedekah ini. Inilah yang mendorong kami bagi mengadakan perkhidmatan ini. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran atas perkhidmatan ini. Anda yang berminat dikehendaki mengisi borang yang telah kami sediakan dan hantarkan kepada kami berserta wang tersebut dan nyatakan dengan terang, sama ada ini adalah sedekah, wakaf, ataupun nazar anda supaya jelas tujuannya.

No comments:

Post a Comment