Upah Haji



Upah Haji yang dijalankan ini adalah terbahagi kepada dua bahagian. Kedua dua bahagian ini pula menggunakan cara yang berlainan pula. Yang pertama ialah bagi mereka yang hidup, tetapi uzur yang tak boleh baik lagi setelah berikhtiar. Maka waris mereka ataupun orang yang uzur itu dibolehkan mengupahkan hajinya kepada orang lain. Di bawah ini adalah dalil yang membolehkan umat islam mengupahkan haji bagi mereka yang uzur itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Wakil Mengerjakan Haji (Upah Haji):

Soalan 1:

Bagaimana seseorang yang uzur kerana sakit yang tiada harapan untuk sembuh atau terlalu tua hendak mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?.

Jawapan:

Caranya adalah seperti berikut:

a) Hendaklah dia mendapatkan seorang yang cukup syarat untuk menerima wakil bagi mengerjakan haji untuk orang lain yang sanggup mengerjakan haji bagi dirinya.

b) Mewakilkan kepada orang tersebat untuk mengerjakan haji bagi dirinya dengan ijab dan kabul seperti berikut: "Aku mewakilkan akan dikau untuk mengerjakan fardhu haji bagi diriku".

Jawab penerima: " Aku terima wakil untuk mengerjakan fardhu haji bagi dirimu".

c) Mewakilkan orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya itu boleh dilakukan dengan upah yang dipersetujui oleh si penerima atau dengan secara sukarela dengan kerelaannya.


------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 2:

Apakah syarat syarat bagi orang yang menerima wakil untuk mengerjakan haji orang lain yang diwakilnya?

Jawapan:

Syarat syarat adalah seperti berikut:

a) Orang yang menerima wakil itu telah pun menunaikan fardhu haji bagi dirinya sendiri dengan sempurnanya.

b) Hendaklah penerima wakil itu melakukan haji itu untuk seorang sahaja bagi satu satu musim haji.

c) Ia hendaklah berihram di miqat orang yang hendak dihajikannya atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya miqat untuk berihram dia hendaklah berihram pada miqat yang ditentukan itu.

Jika tidak ditentukan mana mana miqat, maka harus bagi orang yang mengambil upah haji itu bermiqat pada miqat yang dilaluinya.

Bagi penduduk Makkah sama ada bermastautin atau bermuqim yang mengambil upah haji, maka wajib ia keluar ke miqat orang yang dihajikannya atau boleh juga dimana mana miqat yang lebih hampir kepadanya.

Maka jika dia berihram pada miqatnya di Makkah, nescaya ia berdosa dan wajib membayar dam. Inilah qaul yang muktamad oleh Sheikh Ibn Hajar dan Sheikh Ramli.

Adapun pendapat Al-Jamalut Tabari adalah diharuskan orang Makkah itu berihram di Makkah dengan tiada dikenakan dam dan tidak dikurangkan upah.

Ia hendaklah seorang yang cukup keahlian bagi mengerjakan ibdat fardhu haji itu dengan sempurnanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahagian Upah Haji yang keduanya adalah mereka yang telah meninggal dunia, waris mereka bolehlah mengupahkan haji bagi bapa kepada anak, suami isteri kekasih atau datuk nenek mereka kerana ini adalah kewajipan yang ditentukan oleh islam kepada mereka dan inilah dalilnya.


Soalan 3:

Bolehkan diwakilkan haji bagi seseorang yang telah meninggal dunia? Apakah dalilnya?

Jawapan:

Ya boleh, dalilnya ialah sebuah hadus yang diriwayatkan daripada Ibni Abass yang bermaksud; "Bahawa seorang perempuan dari kaum Juhainah telah datang mengadap Rasulullah dan berkata: Bahawa ibu hamba telah bernazar menunaikan haji dan tidak menunaikannya hingga dia mati, adakah boleh hamba mengerjakan haji untuknya?". Sabda Rasulullah " Ya, hendaklah kamu mengerjakan haji untuknya. Adakah kamu mengetahui bahawa jika ibumu berhutang bukankah kamu yang membayarkannya? Tunaikanlah untuk Allah SWT kerana Allah SWT lebih berhak dengan menunaikannya".

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 4:

Apakah diberi pahala bagi orang yang mengerjakan haji untuk si mati itu?

Jawapan:

Ya, bagi yang mengerjakan haji tu juga mendapat pahala. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Ad Daar Outni yang bermaksud; " Sesiapa yang menunaikan Haji untuk bapanya atau ibunya maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan haji untuknya dan baginya pahala sepuluh kali haji."

Serta diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud ; " Sesiapa yang menghajikan untuk seorang mayat nescaya ditulis bagi mayat itu pahala satu haji dan bagi yang mengerjakan haji itu pula sebanyak tujuh kali."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 5:

Bolehkah orang perempuan mengerjakan haji untuk orang lelaki yang telah meninggal dunia tau sebaliknya serta terangkan dalilnya?.

Jawapan:

Ya, Boleh, dalilnya ialah hadis daripada Ibnu Abbas yang bermaksud: "Bahawa seorang perempuan dari kaun Khas'am ia berkata; "Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah telah menfardhukan haji ke atas hambanya. Saya dapati bapa saya terlalu tua tidak dapat duduk diatas kenderaan. Adakah saya boleh menghajikanya?". Jawab Rasulullah, " Ya, berlaku yang demikian itu dalam masa Haji Wida".

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 6:

Seorang meninggal dunia sebelum mengerjakan haji sedangkan dia ada meninggalkan harta, adakah wajib dihajikan daripada hartanya sebelum diwariskan?

Jawapan:

Wajib dihajikan dari hartanya sebelum daripada dibahagikan kepada waris waris sama ada ia ada berwasiat atau tidak.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 7:

Siapakah yang menunaikan Upah Haji tersebut?

Jawapan:

Mereka yang mengambil Upah Haji sama ada yang uzur ataupun yang telah meninggal dunia, terdiri daripada para pelajar mahasiswa dan mahasiswi yang berada di tanah suci Makkah dan Madinah dan terdapat juga orang Malaysia dan Pattani yang belajar dengan wang sendiri mengambil Upah Haji tersebut, dan dengan Upah Haji itu mereka akan dapat perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 8:

Jika seorang waris telah mengupahkan Haji bagi warisnya maka orang yang mengambil Upah Haji itu tidak menunaikannya?

Jawapan:

bagi mereka yang telah mengambil Upah Haji kemudian tidak menunaikannya sehingga meninggal dunia, maka segala pahala ibadat yang dibuatnya selama hidup akan terhimpun kepada mereka yang telah mengupahkan Haji kepadanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Demikian serba sedikit penerangan berhubung dengan Upah Haji serta dalil dalil yang menunjukkan bahawa Upah Haji itu boleh dilakukan oleh umat islam.

Sesungguhnya mereka yang menyayangi mereka yang telah meninggal dunia, mahupun uzur tidak akan melepaskan peluang ini. Kita ambil misalan bagi mereka yang masih hidup, jikalau mahu menunaikan fardhu Haji dimestikan mempunyai simpanan dalan Tabung Haji tidak kurang RM10,000 dan bekalan sebanyak RM2,000 bagi mereka yang akan tinggal tidak lebih dari satu bulan dan mereka yang tinggal lebih dari satu bulan mereka hendaklah menyediakan bekalan kira kira RM45 ataupun 35 Rial setiap hari berikutnya.

Tetapi Syarikat Al Haj hanya mengenakan bayaran yang paling minima jika dibandingkan dengan bayaran yang dikenakan kepada mereka yang mengerjakan sendiri sama ada Haji untuk ibu dan bapa mereka sendiri ataupun yang lainnya.

Syarikat Al Haj menyediakan dua cara pembayaran wang Upah Haji; yang pertama pembayaran boleh dilakukan secara tunai dan yang kedua boleh dibayar secara beransuran setiap bulan sebelum musim haji bermula. Tetapi Upah Haji itu hanya akan ditunaikan pada tahun tersebut setelah bayaran sepenuhnya telah diperolehi oleh syarikat.

Bagi mereka yang telah membayar kepada syarikat tetapi tidak mahu meneruskan Upah Haji itu melalui syarikat kami, maka wang itu akan dikembalikan kepada si pemohon dengan syarat syarikat akan memotong sejumlah 5% dari jumlah wang yang telah disimpan ataupun akan dilanjutkan untuk beberapa tahun yang akan datang sehingga wang simpanan mereka mencukupi bagi berbuat demikian.

Bayaran Upah Haji bagi musim haji tahun ini adalah seperti berikut:-

1. Upah Haji yang uzur - RM2500
2. Upah Haji yang meninggal dunia - Rm1300
3. Upah Umrah sahaja - RM300
4. Qurban di Makkah Al Mukarramah - RM450
5. Aqiqah di Makkah Al Mukarramah - RM450


Bayaran boleh dibuat melalui cek persendirian/Kiriman Wang/ Bank Draf atas nama SYARIKAT AL HAJ MALAYSIA. Setelah dibayar sepenuhnya, pihak kami akan menemui tuan/puan. Bagi yang uzur pemohon sendiri akan membuat Ijab dan Kabul untuk dirinya dan akan diwakilkan kepada pihak syarikat untuk menunaikan Upah Haji tersebut bagi diri mereka.

Bagi waris atau orang yang telah meninggal dunia pula, boleh diwakilkan oleh mana mana pihak dalam keluarga yang membuat tempahan Upah Haji itu untuk membolehkan pihak kami mengurus dan menunaikan Upah Haji Tersebut.

Setelah Upah Haji tersebut selamay kami tunaikan dan setelah kami kembali dari menunaikan haji, pihak kami atau wakil syarikat sekali lagi akan menemui pihak tuan/puan untuk menyerahkan segla bukti bahawa Upah Haji tersebut telah pon selamat kami tunaikan pada tahun tersebut.

Pihak kami akan menyerahkan SIJIL AKUAN UPAH HAJI, yang mengandungi gambar orang yang menunaikan Upah Haji tersebut, berserta dengan alamtat dan cenderhati dari pihak syarikat kepada yang membuat tempahan melalui syarikat kami.



No comments:

Post a Comment