Pendahuluan

Tuan Haji Shamsuri Bin Misu
Pengurus Syarikat Al-Haj Malaysia


Segala pujian-pujian kepada Allah S.W.T yang maha besar dan kepada Rasulnya Nabi Muhammad S.A.W dan berkat doa dari tuan tuan dan puan puan, maka kami pada hari ni telah dapat membantu rakyat malaysia yang beragama islam dalam melaksanakan beberapa ibadah yang selama ini hanya berkirimkan kepada bakal haji yang menunaikan fardhu haji setiap tahun.

Perlu dinyatakan disini bahawa Syarikat Al-Haj Malaysia ini ditubuhkan atas daya usaha yang tidak pernah mengenal letih dari Pengasas dan Yang DiPertua Pertama Persatuan Kebajikan Haji dan Hajah Malaysia iaitu Tuan Haji Shamsuri Bin Misu.

Tujuan utama syarikat ini adalah untuk menolong umat islam untuk mendapatkan bakal haji yang sanggup mengambil Upah Haji, sebagaimana yang diketahui bahawa ramai dari rakyat malaysia kita apabila hendak mengupahkan haji bagi waris mereka sama ada yang hidup ataupun mati akan menggunakan bakal-bakal haji yang hendak menunaikan fardu haji.

Mereka mengirimkan Upah Haji tersebut kepada bakal bakal haji berkenaan dan apabila sampai di Tanah Suci, bakal haji yang sememangnya tidak mengetahui apa apa akan menyerahkan pula kepada orang lain di Tanah Suci bagi melaksanakan Upah Haji tersebut, sama ada Upah Haji itu dilaksanakan atau pun tidak mereka tidak mengetahuinya.

Tetapi Syarikat Al Haj Malaysia bukan setakat mengambil Upah Haji itu sahaja tetapi akan menunjukan bukti bukti bahawa Upah Haji tersebut telah ditunaikan dan kenyataan di bawah ini akan diberikan kepada mereka yang telah mendaftarkan nama kepada syarikat ini untuk dilaksanakan Upah Haji bagi waris meraka itu antaranya ialah:

1. Gambar foto mereka yang mengambil Upah Haji.
2. Alamat penuh mereka serta dengan nombor kad pengenalan.
3. Tandatangan mereka yang mengambil wang untuk Upah Haji.
4. Alamat sheikh dimana mereka bermikat di Makkah.
5. Tanda tanda seperti sedekah dan cenderahati dari yang mengambil upah kepada yang mengupah dan hadiah dari Syarikat ini.

Bukti diatas akan dilengkapkan dalam satu sijil yang akan dikeluarkan oleh syarikat ini apabila Upah Haji itu telah ditunaikan dan akan diserahkan kepada yang mengupahkan itu. Dengan ini pengupah boleh berhubung terus dengan orang yang berkenaan yang mengambil upah haji bagi waris mereka. Oleh yang demikian tiada sebarang penipuan kepada Upah Haji yang diberikan kepada syarikat ini.

Tentang pengalaman syarikat ini dan tuan empunya diri, Tuan Haji Shamsuri Bin Misu tidak perlu diragukan lagi kerana beliau telah tiga belas kali menunaikan Fardhu Haji sehingga buku ini ditulis dan telah berpuluh ribu rakyat malaysia telah mengupahkan haji kepada beliau sejak beliau menjadi Yang Di Pertua Persetuan Kebajikan Haji Dan Hajjah Malaysia.

Untuk membuktikan bahaw beliau telah mengambil Upah Haji dari Pembesar Negara termasuk Ketua Turus Angkatan Bersenjata, Pengarah Filem, Ahli Politik, Bintang Filem, Penyanyi popular dan lain lain kami siarkan sebahagian daripada senarai nama mereka yang telah membuat Upah Haji melalui kami untuk panduan tuan. Mengapa pula tuan tidak menyertai bersama?.

Oleh yang demikian wajarlah umat islan tidak meragui akan kejujuran serta melaksanakan Upah Haji yang diberikan kepadanya dan saya berharap umat islam akan memberikan sokongan kepada Syarikat Al-Haj yang diterajui olehnya.


Yang benar,

(Haji Shamsuri Bin Misu)
Syarikat Al-Haj Malaysia




1 comment:

Samsudin bin Mohd Arshad said...

Syabas dan tahniah.
Ini merupakan satu perkhidmatan yg baik.
Moga Allah merahmati usaha Tuan, insya Allah.

Post a Comment