Sembahyang Hajat

Oleh kerana sesuatu hajat ataupun berbagai masalah dalam hidup ini ramai manusia tidak dapat mengatasinya. Hanya Allah sahaja yang dapat mengatasi semua masalah ini. Hanya kepada Allah kita meminta dan kepada Allah kita berdoa.

Oleh kerana itu ramai yang menggunakan jalan yang paling baik sekali iaitu dengan membuat sembahyang hajat seperti memulihkan penyakit yang tidak dapat diubati oleh manusia, para doktor dan berbagai cara yang telah diusahakan. Maka kita hendaklah kembali ke jalan Allah dengan mengadakan sembahyang hajat. Sembahyang hajat boleh dilakukan dimana mana sahaja, yang wajarnya jika dapat orang berhajat itu yang mendirikan sembahyang. Tetapi ada pula yang menyerahkan kepada orang lain.

Di Malaysia jika mereka tidak dapat melakukannya sendiri, maka sembahyang hajat itu boleh diserahkan kepada tuan imam masjid dimana mereka tinggal ataupun ustaz yang mereka kenali. Mereka akan mendirikan sembahyang sama ada di masjid yang berdekatan ataupun melakukan di rumah sendiri.

Sekarang jika anda mahu mendirikan sembahyang hajat bagi sesuatu hajat, kami boleh melakukannya di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Kami akan lakukannya mengikut jumlah yang anda mahukan. Kami akan dirikannya dan juga kami tidak akan mengenakan bayaran kerana kami percaya bahawa kami memberikan perkhidmatan yang boleh membawa anda kepada kebaikkan melalui pertolongan dari Allah. Kami hanya berusaha sahaja ke arah tersebut sedangkan yang memakbulkan doa sembahyang hajat tersebut hanya Allah SWT.

Kami boleh melakukannya untuk beberapa malam yang anda kehendaki selam kami berada di Tanah Suci. Sama ada ketika Umrah ataupun ketika menunaikan Haji. Anda tidak perlu runsing kerana sembahyang hajat ataupun apa apa sembahyang yang dilakukan di Tanah Suci kerana Allah akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan. Sila isikan borang yang telah disediakan di ruang muat turun dan hantarkan kepada kami dengan seberapa segera.

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum ustaz saya Awangku Azizi Bin Awang Ali
Solat hajat sempena musim haji 2016
Doakan saya diampunkan segala dosa2,sihat tubuhbadan,dimudahkan urusan solat,murah rezeki dan diberi peluang mengerjakan ibadah
haji dan makbulkanlah doa2 ustaz shahru almuqri yg berdoa untuk saya selama ini.

Post a Comment